Setiap hari, lapangkan fikiran kita di awal hari kita.
Ini 7 cara yang kita boleh buat serta merta:
1. Nikmati masa bersendiri. Bangun awal pagi seawal jam 4
pagi. Ambil wudhu dan dirikan solat tahajud.
2. Kemudian, pegang Al-Quran. Niatkan dalam hati, "Ya
Allah, berikan akan jawapan dan petunjuk hari ini."
Buka Al-Quran dari mana-mana mukasurat. Kita akan
terkejut, kerana kebiasaannya, ada jawapan yang selama ini kita cari-cari ada
dalam makna tiap ayat tersebut.
3. Bacalah sekurang-kurangnya 2-3 mukasurat. Kemudian,
hayati setiap makna ayat-ayat tersebut.
4. Keluarlah awal ke surau/masjid bagi mengerjakan solat
subuh. Dan pastikan kita peluang dengan memberi sedekah subuh di tempat
tersebut.
5. Sediakan sarapan. Pastikan makan makanan yang sihat
dan seimbang.
6. Jika hari ini tiada apa-apa urusan, keluarlah dari
rumah. Dekati alam. Nikmati bunyi unggas, burung berkicauan. Tengok unsur alam
yang berwarna hijau.
Lebih baik, pergi rekreasi. Masuk hutan, panjat
bukit/gunung. (Pastikan tengok cuaca juga ya).
7. Nikmati kehidupan sekarang. Jangan tunggu esok atau
memilih untuk terfikir-fikir masa silam. Sekarang, di saat ini. Isi masa dengan
padat dan penuh makna.
Jangan biarkan masa terbazir begitu sahaja. Ingatlah
bahawa, demi masa, sesungguhnya kita dalam kerugiaan.
Kecuali bagi mereka yang beriman dan mengerjakan amal
kebaikan ya.
Moga hari ini, kita semua lebih lapang fikiran! Dari situ
hati pun jadi lega dan tubuh badan rasa lebih ringan. Semangat pula membara
tiba-tiba dan kehidupan jadi sangat ceria!
Tok Abah doakan kalian semua ya.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Berusaha jadi yang terbaik.
(Sumber: Hasil tulisan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, dari Instagram Beliau)