SEDEKAH KUNCI KEBAIKAN

 




SEDEKAH

Bahasa: Pemberian.

Istilah: Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 


Amalan Sedekah Dalam Hadis

  • Berlaku adil dalam tindakan.
  • Mendamaikan orang yang bertelagah.
  • Membantu orang menaiki kenderaan.
  • Membantu orang yang mengangkat barang ke dalam kenderaan.
  • Mengucapkan perkataan yang baik.
  • Berjalan untuk menunaikan solat.
  • Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan. 

Kelebihan bagi setiap amalan sedekah yang terkandung dalam hadis. 

  • Berlaku adil terhadap dua orang yangbertelingkah

✓ Menenteramkan hati kedua-dua belah pihak.
✓ Menghalang kedua-dua pihak daripada melanggar perintah Rasulullah SAW agar tidak berterusan
bertelingkah selama 3 hari.

  • Membantu orang yang menaiki kenderaan atau mengangkat barangnya ke dalam kenderaan
✓ Meringankan beban orang lain.
✓ Memberi keselesaan kepada orang yang memerlukan bantuan 

  • Mengucapkan perkataan yang baik 
✓ Menenangkan hati pendengar.
✓ Menampilkan imej dan peribadi yang disegani.

  • Berjalan untuk menunaikan solat 
✓ Dapat mengamalkan gaya hidup sihat.
✓ Ditinggikan darjah dan dihapuskan dosa jika menuju ke masjid dalam keadaan berwuduk

  • Mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan 
✓ Menunjukkan keimanan kepada Allah SWT.
✓ Mengurangkan risiko kemalangan.


Pengajaran Hadis

  • Kita hendaklah sentiasa memanfaatkan masa, tenaga dan kemahiran yang ada untuk membantu orang lain agar menjadi orang bertakwa.
  • Kita hendaklah mendamaikan orang yang bertelagah kerana setiap mukmin bersaudara.
  • Kita hendaklah bercakap hal-hal yang baik kerana itu merupakan tanda keimanan kita kepada Allah SWT dan hari akhirat.
  • Kita hendaklah sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid kerana amalan ini besar pahalanya.
  • Kita hendaklah berusaha untuk mengalihkan sesuatu yang berbahaya di jalan agar tidak memudaratkan orang lain.

Previous Post Next Post