Pengiktirafan sebagai EDUBLOGGER 2023

 






Alhamdulillah setelah sekian lama menyimpan sijil ini, baru berkesempatan hari ni bercerita tentangnya. Alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang menyertai kelas pengurusan dan cara pengendalian blog bergurukan Cikgu Suffi dan rakan-rakan. Kelas ini sangat memberi manfaat kepada saya kerana banyak benda baru dan bermanfaat dipelajari. Bila sebut blog , ya mungkin ramai ada blog. Saya juga antara yang ada blog sebelum ini. Namun kelas blog yang ini lebih berstruktur dan mengajar kita teknik dan tip-tip yang lebih advance. Sebelum ni blog saya jenis yang belajar buat sendiri sahaja :) . 

Kelas ini diadakan secara online, walaupun saya di Sabah masih juga boleh mengikuti kursus ini. Kini selesailah sudah selama 10 minggu ianya berlangsung. Selain mendapat banyak ilmu blog berharga peserta juga diberi sijil penghargaan oleh Akademi Youtuber Malaysia. Seterusnya butang Badge Edublogger akan tertera di blog peserta yang telah selesai pengajiannya :) .

Bahkan selain itu para Edublogger ini akan mudah dicari di enjin carian internet bahkan tertera dalam Map ini (lihat gambar di bawah) Nama kita seterusnya tempat bertugas. Pada saya semoga dengan kewujudan para guru Edublogger ini dapatlah kita secara berjemaah menggembeling tenaga untuk memeriahkan lagi dunia digital dalam bidang pendidikan ini InsyaAllah. Bak kata YU MANAGER Akademi Youtuber iaitu Cikgu Suffi  "SENDIRIAN KITA BIASA , BERSAMA JADI LUAR BIASA" .



Previous Post Next Post