Kronologi PerjanjianHudaibiyah
1. Rasulullah (saw) bermimpi bahawa baginda memasuki
Masjidil Haram, mengambil kunci ka’bah serta
melaksanakan umrah bersama dengan para sahabat. Para
sahabat berasa gembira dan menyambut baik mimpi
Rasulullah (saw) itu.
Rasulullah (saw) bertolak ke Mekah bersama dengan 1400
orang sahabat dengan pedang yang bersarung.
3. Rasulullah (saw) dan para sahabat berhenti di Dzul
Hulaifah untuk berniat umrah. Mereka turut membawa
binatang korban bagi menzahirkan niat mereka untuk
melaksanakan umrah.
4. Kedatangan rombongan Rasulullah (saw) diketahui oleh
musyrikin Mekah. Mereka tidak membenarkan
rombongan ini memasuki Mekah.
5. Khalid bin al-Walid bersama dengan tenteranya
berjumlah 200 orang cuba untuk menghalang Rasulullah
(saw) daripada memasuki Mekah di
Kura’ al-Ghamim. Namun, Rasulullah (saw) melalui jalan
lain untuk mengelakkan pertembungan dengan tentera
Khalid.
6. Rasulullah (saw) berhenti di Hudaibiyah. Baginda
dikunjungi oleh Budail bin Warqa’. Beliau menjadi
perantara Rasulullah (saw) dengan musyrikin Quraisy.
7. Musyrikin Quraisy mengutuskan
al-Hulais bin ‘Alqamah diikuti ‘Urwah bin Mas’ud
menemui Rasulullah (saw) bagi memastikan niat sebenar
rombongan itu. Kedua-duanya berjaya diyakinkan
bahawa kedatangan Rasulullah (saw) dan para sahabat
untuk menunaikan umrah.
8. Rasulullah (saw) mengutus Uthman bin ‘Affan (ra)
menemui musyrikin Mekah untuk menerangkan tujuan
kedatangan mereka. Uthman ditahan beberapa ketika
sehingga tersebar berita tentang kematiannya.
9. Rasulullah (saw) dan para sahabat membuat bai’ah untuk
setia bersama dengan Rasulullah (saw) dan tidak
meninggalkan baginda. Bai’ah ini dikenali sebagai
BAI’AH AR-RIDHWAN.
10. Musyrikin Mekah mengetahui tentang Bai’ah arRidhwan. Lantas, mereka menghantar
Suhail bin Amru untuk membuat perjanjian dengan
Rasulullah (saw). Lalu, termeterailah Perjanjian
Hudaibiyah.
Maksud:
Sesungguhnya Allah meredai orang yang beriman, ketika mereka berjanji taat
kepadamu (wahai Muhammad) dibawah pokok. Maka (dengan itu) ternyatalah
Dia mengetahui apa yang terkandung dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan
ketenangan kepada mereka dan memberi balasan dengan kemenangan yang
dekat.
Isi Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
Antara isi kandungan perjanjian Hudaibiyah termasuklah:
-Tiada peperangan antara kedua-dua belah pihak selama 10 tahun.
-Mana-mana kabilah yang mengikat perjanjian dengan Rasulullah (saw)
turut tertakluk dengan Perjanjian Hudaibiyah. Mana-mana kabilah yang
mengikat perjanjian dengan musyrikin Mekah, mereka juga terikat
dengan perjanjian Hudaibiyah.
-Orang Mekah yang lari ke Madinah perlu dikembalikan ke Mekah.
Sebaliknya, sesiapa yang lari dari Madinah ke Mekah tidak perlu
dikembalikan
Maksud:
… Mengetahui apa-apa yang kamu tidak mengetahuinya. Maka, Dia
menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang
dekat
Hikmah Perjanjian Hudaibiyah
-Perkembangan Dakwah Islam
-Perkembangan Politik Islam
-Perkembangan Ketenteraan Islam
Perkembangan Dakwah Islam
1. Musyrikin Mekah tidak lagi mengganggu usaha dakwah Rasulullah (saw).
2. Ramai orang Arab memeluk Islam secara terang-terangan seperti
‘Amru bin al-’As, Khalid bin al-Walid dan ‘Uthman bin Talhah.
3. Rasulullah (saw) membuka ruang dakwah Islam denganmenghantar
surat kepada kerajaan lain di semenanjung Tanah Arab serta kerajaan
di luar semenanjung Tanah Arab.
4. Selepas perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah (saw) menumpukan perhatian
kepada Yaahudi di Khaibar kerana musyrikin Mekah bukan lagi menjadi
ancaman besar kepada kerajaan Islam Madinah
Perkembangan Ketenteraan Islam
1. Kekuatan ketenteraan Islam bertambah daripada 3000 orang
kepada 10000 orang hanya dalam tempoh dua tahun selepas
perjanjian Hudaibiyah.
2. Mewujudkan suasana aman antara kerajaan Islam di Madinah dan
musyrikin Mekah.