QADAK :
Bahasa: Menjelaskan kadar sesuatu
Istilah: Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah SWT sejak azali
Contoh : Allah SWT menciptakan manusia yang telah mendiami bumi
QADAR:
Bahasa: Menyempurnakan sesuatu
Istilah: Ketentuan Allah SWT yang azali terhadap semua makhluk
Contoh :Allah menentukan sejak azali akan mencipta manusia di bumi
MAKSUD BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
Beriman kepada qadak dan qadar bermaksud meyakini bahawa:
1. Allah SWT yang menentukan setiap perkara yang berlaku kepada makhluk dengan
ilmu dan kehendak ( Iradat ).
2. Allah SWT melaksanakan ketentuan tersebut mengikut ketetapan.
3. Semua perkara tertakluk kepada kehendak dan kekuasaan Allah SWT sama ada yang
baik atau yang buruk.
4 Semua ketentuan Allah SWT mempunyai hikmah terhadap hamba-Nya.
DALIL NAKLI KEWAJIPAN BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
JENIS QADAK
1. QADAK MUALLAQ
Maksud : Ketentuan Allah SWT yang tidak berubah dan dilaksanakan mengikut kehendak dan kekuasaanNya
Contoh : Bangsa dan jantina seseorang yang telah ditentukan tidak akan berubah.
2. QADAK MUBRAM
Maksud : Ketentuan Allah SWT yang berubah kepada ketentuannya yang lain bersesuaian dengan usaha yang dilakukan oleh hamba.
Contoh : Seseorang yang sakit (qadak asal), diberikan kesembuhan kepadanya (qadak yang berubah) dengan sebab berdoa (asbab).
Contoh : Seseorang yang sakit (qadak asal), menjadi sembuh (qadak yang berubah) dengan sebab bersedekah kepada faqir miskin (asbab).
Contoh : Pencapaian murid yang sederhana dalam peperiksaan (qadak asal), bertukar kepada cemerlang (qadak yang berubah) kerana belajar bersungguh-sungguh (asbab).
KONSEP USAHA DAN TAWAKAL
USAHA .
Berusaha mengunakan seluruh
kemampuan yang diberikan oleh
Allah SWT untuk mencapai sesuatu
maksud.
TAWAKAL .
Menyerahkan sesuatu perkara
kepada Allah SWT dan yakin bahawa
hanya Allah SWT yang menentukan
keberhasilan perkara tersebut
setelah berusaha bersungguhsungguh
KESAN BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR
AKIDAH
Mengelakkan diri daripada perbuatan syirik kepada Allah SWT . kerana
yakin bahawa setiap perkara adalah daripada Allah SWT.
IBADAT
Tekun melaksanakan ibadat kepada Allah SWT . kerana
mengharapkan rahmat dan keampunan Allah SWT.
AKHLAK ISLAMIAH
✓ Bersabar dan redha . ketika ditimpa musibah kerana yakin adanya hikmah
pada setiap perkara.
✓ Bersyukur atas nikmat . kurniaan Allah SWT kerana meyakini bahawa apaapa
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah terbaik untuknya.
✓ Berusaha mencapai kecemerlangan . dalam segala bidang kerana
yakin Allah SWT mengurniakan kejayaan bagi orang yang berusaha.