IKTIBAR DARIPADA KEIMANAN
BILAL BIN RABAH RA
1. Kita hendaklah mempertahankan akidah Islam
dengan segala kekuatan yang ada agar tidak
mudah terpesong daripada ajaran Islam yang
sebenar.
2. Kita hendaklah menjauhkan diri daripada
fahaman yang sesat, menyeleweng dan
melampau.
3. Kita hendaklah memainkan peranan aktif
dalam aktiviti keagamaan agar ajaran Islam
sebenar dapat ditegakkan.