SIFAT YANG TIDAK DISUKAI
PENGAJARAN HADIS
Sebagai umat Islam :
1. Kita hendaklah sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada sifat-sifat yang tidak
disukai kerana Rasulullah SAW sendiri turut memohon perlindungan daripada
sifat-sifat tersebut walaupun baginda seorang nabi.
2.Kita hendaklah berusaha untuk menjadi orang yang kuat kerana seorang
mukmin yang kuat lebih dicintai oleh Allah SWT.
3.Kita hendaklah rajin berusaha meningkatkan kebaikan untuk berubah daripada
kemunduran kepada kemajuan.
4.Kita hendaklah berani dalam segala perkara kebaikan kerana sifat ini sifat para
wali Allah SWT.
5.Kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat dan memperbanyak amal ibadat
agar dapat mengelakkan diri daripada sifat nyanyuk.